Sunday, August 22, 2010

Teras larak salah

Larak salah/ teras larak salah
Koleksi ini saya perolehi daripada sahabat lama di Gerik , beliau merupakan pengamal dan guru persilatan sendeng. Beliau saya kenal semasa saya aktif bersilat dulu, lo ni dah tak larat dah. Koleksi ini sudah beberapa tahun berada dalam simpanan beliau. Nak jadi rezeki saya beliau memberinya hadiah sebagai tanda kenangan. Bila nampak ada banyak saya pun mintak beli dengan beliau. Nampak gaya macam sayang nak lepas tapi mungkin malu alah dengan saya maka diberinya juga.
Jadi itulah ceritanya, koleksi ini tak banyak siapa cepat dia dapat dan hanya akan dimaharkan dalam bentuk permata ataupun siap diikat cincin sahaja. Tunggu tengah proses.

Pasal khasiat larak salah umumnya dia menyalahi dari sepatutnya, tak perlulah saya cerita dan saya pun tak suka nak cerita pasal khasiat banyak-banyak takut lain pulak jadinya. Sahabat-sahabat dan kawan-kawan semua boleh cari dalam blog lain, taip saja larak salah keluarlah macam-macam pasal larak salah.

No comments: