Monday, April 19, 2010

Pakai dan Guna

Biasanya bila disebut cincin kita akan memakainya dengan menyarung dijari. Di sini saya ingin berkongsi bila mana memakai cincin khasiat terutamanya eloklah kita baca bismillah dan selawat terlebih dahulu barulah kita sarungkan.

Batu dan teras khasiat biasanya mempunyai khasiat asal yang dijadikan Allah s.w.t untuk makluknya. Khasiat batu dan teras ini ada diceritakan dalam kita lama Tajul Muluk( saya tak baca pun tetapi banyak merujuk kepada orang yang pakar dengan kitab ini).

Banyak pendapat pula berkenaan cara nak menguji khasiat batu dan teras ini. Bagi menguji ketahanan kulit ada yang cucuk dengan jarum dan tetak dgn parang pada anggota badan. Ada yang ikat pada binatang dan pokok pisang dan dilastik atau ditembak. Dan bermacam-macam cara lagi.( saya tak pernah uji dengan cara macam ni tapi kawan-kawan yang nakal adalah yang buat)

Seelok-eloknya bagi kita yang yakin dengan apa yang Allah jadikan maka adalah cara terbaik bagi menguji khasiat batu dan teras ini ialah dengan cara memakai dan menggunakannya. Renungkan apa yang berlaku adalah sebaik-baiknya bagi kita yang dianugerahkan akal. Pengalaman rakan-rakan juga boleh diambil panduan dalam hal ini. Biasanya dalam bab khasiat asal ni boleh dilihat bila kita sesak, insyallah. Bukan apa dalam bab tunjuk menunjuk ni agama tak suka, jadi kena ingatlah takut-takut masa tunjuk-tunjuk jadi bila tiba masa sesak tak pula menjadi...kan masalah besar tu.

tu baru cara pakai , macam mana pulak cara guna....tunggu pada post akan datang.

No comments: